August 21, 2011

hari-hari pun kerja

fuhhh ! sebab PULUN nak cuti lama raya ni, terpaksa la kerah tenaga kerja hari-hari.. penat jugak la kalau macam ni.. tambah-tambah bila ada sikit mistake bila buat kerja.. semalam punya hal, ada customer tak bagi duit even payment dah masuk.. geram aku dengan budak india tu.. lain kali kalau tak ada duit, jangan GATAI nak pakai broadband.. hurm~~~~

hari ini punya hal pulak, bila akaun tak balance.. pakai cheque pulak tu.. tak tahu la samada aku yang tak bagi atau benda tu tercicir ke ataupun pihak bank tak return balik salinan bank slip tu.. terpaksa call customer suruh dia cek balik kat bank cheque tu approve @ reject.. leceh betul la kalau macam ni.. sakit jiwa aku..

huarghhh ! ngantuk je keje :0


macam ni la muka kalau 24kerja jah ! tak ada masa untuk diri sendiri langsung.. tapi aku tak kisah sangat bila mengenangkan minggu depan dah nak balik kampung.. so, lantaklah ngan semua masalah tuh ! janji aku enjoy cuti raya nanti.. hihi.. sekarang boleh senyum lebar-lebar okies :))


August 19, 2011

Tol lebih murah di 24 lebuh raya


alhamdulillah, xde la beban sangat balik raya tahun ni.. huhu ( macam aku lak yg wak klua wet balik raya ni kn!!)

Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan menawarkan diskaun dan rebat tol di antara lima hingga 37.5 peratus kepada pengguna sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 30 dan 31 Ogos ini. Tawaran diskaun tersebut boleh dinikmati pengguna bermula 24 Ogos nanti apabila ada di antara lebuh raya berkenaan akan menggunakan kadar murah itu bermula tarikh tersebut. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, program itu melibatkan 22 buah syarikat konsesi yang menggunakan peluang tersebut untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat syarikat masing-masing.

“Kesemua diskaun dan rebat tol yang ditawarkan berkenaan dianggarkan berjumlah RM6.8 juta, berbanding RM3 juta yang telah diberikan sempena sambutan Aidilfitri tahun lalu,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Keselamatan Aidilfitri peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Lagong Lebuh Raya Guthrie dekat sini semalam. Sementara itu, kata Shaziman, pengguna Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (Latar) masih boleh menggunakan laluan berkenaan secara percuma apabila pihak pengurusan lebuh raya itu bersetuju untuk melanjutkan tawaran tersebut sehingga 31 Ogos ini.

TRY & ERROR

hihi ! aku ni bukan pandai sangat nak berBLOG.. still merangkak-rangkak lagi.. tadi aku ada tanya kat cik DAIA macam mana nak post blog kat FB.. so, dia ajar la aku.. dia suruh aku copy link pastu paste kat FB.. sebab itu aku nak try ni.. tengok jadi ke tidak !


 hihi ! sya sedang cuba tuk mengepost....